Apr 5, 2011

Home » , , » Resepi Oreo Cheesecake yang Sedap tanpa Gelatin

Resepi Oreo Cheesecake yang Sedap tanpa Gelatin

Kali ni saya nak berkongsi resepi yang saya dapat, untuk membuat Oreo Cheesecake yang sedaaappp tanpa perlu menggunakan gelatin, maklumlah bukan senang nak cari gelatin yang halal, nak-nak duk kat negara bukan Islam ni..hoho..

mind the amateur's decoration tu..hehehe..

Bahan-bahan untuk dasar kek :

2 cawan penuh biskut oreo (1 cup equal to 240g, kalau nak tebal lebihkan lagi)
2 sudu besar butter
1/4 cawan brown sugar
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (saya tak jumpa, so saya tak masukkan pon dah sedap, kalau masuk mesti lagi sedap)

Bahan-bahan untuk cheesecake : 

2 bekas soft cheese jenama Philadelphia (total 600g)
1 cawan gula
1/3 cawan sour cream (kalau takde, ganti dengan plain yogurt pon boleh)
3 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 biji jus lemon yang diperah
1 1/2 cawan biskut oreo yang dihancurkan (belah 4 pon boleh juga)


Cara membuat dasar kek :

1. Buang krim biskut oreo dan hancurkan menggunakan blender. Kalau takde, masukkan biskut dalam plastik dan ketuk-ketuk dengan lesung batu atau kayu pencanai pon boleh aje.

2. Gaulkan dengan butter yang telah dicairkan dan masukkan brown sugar dan sebuk kulit kayu manis. Gaul dan cuba genggam sehingga boleh dikepal, kalau takleh dikepal, jawabnya kena tambah butter lagi. Kalau uols tambah kuantiti biskut, maka butter juga perlu ditambah sedikit lagi.

3. Letakkan adunan tadi di dalam loyang dan ditekan-tekan manja gitew. Loyang tadi seeloknya dilapis dengan kertas minyak.

4. Sejukkan di dalam peti ais sebentar sementara meneruskan kerja-kerja seterusnya untuk membuat adunan cheesecake pula.


Cara-cara membuat adunan cheesecake :

1. Dedahkan soft cheese Philadelphia pada suhu bilik sekurang-kurangnya 1-2 jam untuk memudahkan kerja-kerja memukul.

2. Pukul cheese menggunakan mixer pada kelajuan sederhana sehingga 3-4 minit, bagi cheese tersebut kembang. Kalau nak guna tangan pon boleh, cuma ambil masa yang agak lama baru cheese tersebut kembang.

3. Bila cheese dah kembang, masukkan gula dan teruskan memutar selama 3-4 minit agar adunan menjadi sebati.

4. Masukkan sour cream dan putar lagi selama 3-4 minit agar adunan menjadi sebati. Then, masukkan tepung gandum, esen vanilla dan jus lemon dan putar selama 1-2 minit sahaja, cukup sekadar bahan tersebut sebati.

5. Pecahkan sebiji telur dan putar selama 1 minit. Pecahkan lagi sebiji telur dan putar selama 1 minit dan seterusnya pecahkan telur yang terakhir dan putar selama 2-3 minit.

6. Masukkan biskut oreo yang dihancurkan (atau dibelah 4 ) ke dalam adunan dan keluarkan bekas dasar kek dan tuang adunan tersebut ke dalam bekas tadi.


Cara-cara untuk membakar cheesecake :

1. Gunakan kaedah water bath (untuk elakkan crack pada cheesecake). Sila rujuk video kat bawah ni.


2. Suhu yang digunakan adalah 150 C (dengan heater atas dan bawah) selama 45 minit. Kemudian tutup api oven, keluarkan aluminium foil (kalau tak, kek akan menjadi lembap di bawahnya).

3. Masukkan semula kek ke dalam oven tadi dan biarkan selama 2-3 jam. Masa ni, bila bekas digoyangkan, akan nampak kek belum masak sepenuhnya, it's ok, selepas 2-3 jam dibiarkan dalam oven, kek akan masak sepenuhnya.

4. Selepas itu, setelah kek dah ala-ala tak panas, masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan, paling kurang 4 jam. Actually, 4 jam tu dah ok, because kalau lagi lama, kek tu akan melekat di tepi bekas apabila dikeluarkan.


My 1st Trial (rujuk pic kat atas tu..)

1. Oleh kerana saya guna 2 pek biskut aje (tak ingat berapa gram tapi yang biasa tu, pek medium tu, ke kecik ek) untuk the whole kek, maka dasar kek kami tu agak nipis (guna 1 1/3 pek), ke sebab loyang kami guna tu besar (tak ukur pulak diameter berapa tapi standard loyang cam gambar kat bawah ni, senang nak buka tepi).

credit
 
2. Mungkin kerana buah lemon yang kami beli tu bersaiz agak besar, jadi memang rasalah lemon tu kat cheesecake, padahal kami guna plain yogurt dan bukannya sour cream. Mungkin bagi yang kurang gemar rasa lemon, boleh kurangkan sikit jus lemon tu.

3. Overall, memang beshhlah resepi kek ni, sedaaapp sekejap je dah tinggal 1/4 kek tu..hehehe.. Looking forward untuk buat lagi sekali, kali ni nak hias guna biskut oreo pulak kat atas tu..ekekeke..


credit : Irma

Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_*

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

16 Comments
Comments

16 comments

Apr 5, 2011, 10:44:00 PM

ayOoo,,,x berkelip mate tenung kek nie..sedap nye,,baru tengok..blom rase ag

Apr 6, 2011, 3:20:00 AM

wah..bakat terpendam buat kek tu..mintak skit..hehe

Apr 6, 2011, 6:43:00 AM

menjadi doh cheesecake dio weh...

Apr 6, 2011, 10:59:00 PM

@ila : hehehe..tengok pon dah sedap ek..

@aisha : ada bakat ek? ekeke..

@fa10 : kikiki..bolehla sikit2..tak cun sgt ni..

Apr 8, 2011, 12:17:00 AM

Lovely cake, must be great in taste, esp added in Oreos.

Apr 8, 2011, 11:12:00 PM

@Nava : yess, really good and delicious..hehhe

Jul 5, 2011, 8:34:00 PM

thanks for sharing the recipe ... btw tumpang singgah ur blog yer ^_^

Jul 6, 2011, 11:08:00 PM

dtg sini lagi nk curi resepi ciss kek..

Anonymous
Sep 3, 2011, 4:55:00 PM

Tanye sket,time nk biarkan kek dlm oven for 2-3 hours tu, oven tak yah on ke.

Sep 4, 2011, 3:37:00 AM

@papa & aisha : silalah cuba..

@anon : ha'ah, oven takyah on..

jagungcincau
Nov 11, 2011, 5:17:00 PM

dah try ari tu..mmg sedap..tapi rase lemon kuat sgt..sbb letak parutan kulit lemon dan isi lemon tu skali..yg pntg whole family suke sgt sbb rase lemon tu buat kek rase kurang muak...tanx 4 d rcipe anyway...

Dec 26, 2011, 11:57:00 PM

nk tny ni...mean's cheese cake 2 x yah bkr la ek?juz put in chiller right?

Dec 28, 2011, 3:56:00 AM

@jagungcincau thanks coz mencuba..

Dec 28, 2011, 3:56:00 AM

@Nabilah Muhamad eh, yang ni kena bakar, sebab tu tak guna gelatin..

razi76
Sep 14, 2012, 12:46:00 PM

salam...

nak tanya skit, saya cuma ada oven dapur gas yg guna api bawah je. boleh ke? kek tu nanti akan masak sepenuhnya tak? atau ada cara lain lagi....

Oct 21, 2014, 9:26:00 PM

sedapnya cheesecake..
biasa kalau saya buat, saya tak letak lemon..sebab rasa cam pelik hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...