Oct 11, 2012

Memperkenalkan Nuryn Dania

Alhamdulillah.. Saya dah selamat melahirkan permata hati kami yang kedua pada 29/9/2012 (13 Zulkaedah 1433), Sabtu pada jam 6.20 pagi di CHUV Hospital.

Nuryn Dania
Berat : 3.27kg
Panjang : 48cm
Ukur lilit kepala : 35cm

Gambar kat atas ni adalah hari pertama melihat dunia, walaupun kejenya banyak tido ajee..hihihi.. Agak-agak ikut muka sape ek? Yang pasti, sebijik cam kakaknya, Zahra, bezanya mata Dania sedikit sepet. Cerita lanjut akan saya ceritakan di lain entri ek.. Semoga uols ceria di hari Khamis ni..

 Gambar time nak balik rumah setelah 3 hari bermalam di hospital.


p/s : Lama betul saya menyepi kan..kekeke.. Banyak benda yang saya berhutang ngan uols ni.. InsyaAllah, akan saya cuba tunaikan, tapi ambil masa lah sket, takper eh uols? ngeee...


 Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Aug 19, 2012

Salam Eid Mubarak 1433H

Ini adalah entri melekat sehingga 26 Aug. 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat keluarga tercinta di Kelantan, keluarga mertua tersayang, keluarga angkat di Kuantan, sanak saudara dan sahabat handai di mana jua anda berada, jua kepada rakan-rakan blogger sekalian.. Mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan, salah dan silap kami bertiga.. Semoga ukhuwah di antara kita kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat.. Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga yang nun jauh di negara orang, ngan ucapan, makan kuih raya tu, ingat-ingatlah kami kat sini ek.. Terimalah pantun Hari Raya yang dibuat menggunakan bait-bait lagu-lagu raya dan diubahsuai sikit-sikit, khas untuk anda semua..
 


p/s : Dah lama betul saya tak update blog ni kan, bukannya dah melupakan blog kesayangan ni dan juga blog kenkawan, tapi entah kenapa, moodnya hilang entah ke mana.. Harap-harap, bersempena dengan bulan Syawal, bulan yang istimewa ni, semangat untuk berblog bercambah semula..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...